Pelanggan

Siapakah ahli terapi anda?

Antara objektif utama di UrutGo ialah untuk memperkasakan komuniti tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan berpendapatan rendah. Jadi, semua ahli terapi kami adalah wanita warganegara Malaysia daripada komuniti sekitar anda.

Bagaimana UrutGo menjamin keselamatan para pelanggan?

Di UrutGo, kami membuat saringan latar belakang kepada semua ahli terapi dan memastikan mereka adalah warganegara Malaysia sebelum mereka menyertai UrutGo. Aplikasi mudah alih kami juga dilengkapi dengan butang pintas untuk kecemasan yang menghubungkan pengguna pada pihak UrutGo dan juga pihak berkuasa untuk segera bertindak sekiranya berlaku kecemasan.

Bolehkah kami menyemak kelayakan ahli terapi atau memilih ahli terapi yang diingini sebelum membuat tempahan?

Untuk memastikan kesemua ahli terapi kami mendapat sesi terapi yang sama rata, ciri ini tidak disediakan buat masa ini. Kami harap para pelanggan memahami perkara ini. Kesemua ahli terapi kami telah terlatih untuk menyampaikan khidmat urutan UrutGo 5-Senses yang terbaik untuk kepuasan anda.

Adakah perkhidmatan ini boleh didapati di Pulau Pinang atau negeri lain selain di Lembah Klang?

Perkhidmatan UrutGo hanya terdapat di Lembah Klang sahaja buat masa ini.

Di manakah ahli terapi akan menjalankan sesi urutan? Adakah sesi urutan dijalankan di ruang tamu, bilik tidur atau di bahagian rumah yang lain? Bolehkah saya menempah sesi urutan jika saya hanya mempunyai rumah yang kecil?

Anda akan menikmati khidmat urutan kami di rumah anda sendiri! Ahli terapi kami telah dilatih untuk menjalankan sesi urutan di mana-mana bahagian rumah anda, sebaiknya di dalam rumah bagi untuk suhu yang selesa. Kami menyarankan untuk menjalankan sesi urutan di permukaan yang lembut contohnya di atas katil untuk pengalaman yang terbaik. Jangan risau, saiz rumah anda tidak penting asalkan ada ruang yang cukup untuk ahli terapi kami menjalankan sesi urutan.

Adakah anda menawarkan khidmat urutan selepas bersalin, pranatal atau urutan leher?

Buat masa ini, kami hanya menawarkan urutan seluruh badan tetapi kami ingin memperkenalkan lebih banyak servis dalam masa terdekat.

Adakah anda menyediakan khidmat urutan untuk lelaki?

Kami tidak menyediakan sebarang urutan untuk lelaki kerana perkhidmatan UrutGo hanya disediakan untuk wanita. Terima kasih kerana memahami.

Adakah saya perlu menyediakan tuala, minyak urut atau sebarang keperluan untuk urutan?

Semua peralatan dan peralatan yang diperlukan untuk urutan akan disediakan oleh ahli terapi kami yang terlatih. Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai permukaan yang lembut contohnya seperti katil untuk memulakan sesi urutan.

Adakah UrutGo menyediakan perkhidmatan korporat? Bolehkah saya menempah khidmat urutan untuk dihantar ke alamat syarikat saya?

Aplikasi UrutGo hanya menawarkan perkhidmatan ke rumah buat masa ini. Untuk korporat atau lain-lain perkhidmatan, sila hantar e-mel ke support@urutgo.com untuk pertanyaan lanjut.

Adakah saya boleh menempah sesi urutan pada tarikh yang lebih awal?

Anda boleh menempah khidmat urutan seawal 2 minggu sebelum sesi urutan atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum sesi urutan.

Bolehkah saya menempah perkhidmatan segera?

UrutGo tidak dapat memenuhi perkhidmatan segera kerana ahli terapi kami memerlukan masa penyediaan minimum untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang terbaik. Jadi, kami hanya menerima tempahan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum sesi urutan.

Bolehkah saya menempah sesi urutan untuk rakan atau ahli keluarga?

Ya, anda boleh menempah sesi urutan bagi pihak rakan anda atau ahli keluarga wanita.

Bolehkah saya menukar alamat bagi sesi urutan selepas tempahan dibuat?

Anda tidak dibenarkan menukar alamat selepas tempahan dibuat. Sila semak alamat anda sebelum mengesahkan tempahan anda.

Bolehkah saya menukar tarikh atau masa sesi urutan selepas tempahan dibuat?

Memandangkan ahli terapi kami memerlukan masa penyediaan minimum, anda tidak dibenarkan untuk menukar tarikh atau masa 2 jam sebelum sesi urutan. Tundaan tarikh dan masa boleh dibuat hanya jika melebihi dari 2 jam sebelum sesi urutan.

Bolehkah saya membatalkan perkhidmatan jika ada kecemasan?

Ya, anda boleh membatalkan tempahan anda. Sila ambil perhatian bahawa caj admin sebanyak 3% akan dikenakan jika pembatalan dilakukan lebih dari 2 jam sebelum sesi urutan. Tiada bayaran balik akan diberikan jika pembatalan dibuat kurang dari 2 jam sebelum sesi urutan.

Bolehkah saya minta masa tambahan semasa sesi urutan?

Permintaan masa lanjutan tidak dibenarkan kerana ahli terapi kami mungkin telah ditempah untuk sesi urutan seterusnya bagi pelanggan lain. Walaubagaimanapun, anda boleh menempah sesi urutan yang baru dengan kami pada bila-bila masa.

Ahli Terapi

Saya berminat untuk menjadi ahli terapi UrutGo, apa yang perlu saya lakukan?

Anda boleh klik pada pautan ini (http://urutgo.com/be-a-therapist/) dan isi borang pendaftaran untuk menghantar permohonan anda. Pihak kami akan menghubungi anda sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan.

Apakah kriteria kelayakan untuk menjadi ahli terapi UrutGo?

Berikut ialah kelayakan yang diperlukan untuk memohon sebagai ahli terapi UrutGo:

  • Wanita sahaja
  • Warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap
  • Berumur antara 21 hingga 50 tahun
  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik
  • Boleh bekerja dalam notis masa yang singkat
  • Berminat untuk mempelajari kemahiran seni penyembuhan
  • Tiada rekod jenayah

Saya bekerja sepenuh masa sekarang tetapi saya berminat untuk menjadi ahli terapi UrutGo secara separuh masa. Bolehkah saya menyertai UrutGo?

Ya, anda masih boleh menjadi ahli terapi kami. Waktu bekerja di UrutGo amat fleksibel dan anda bebas bekerja bila anda mahu. Jadi, anda boleh bekerja separuh masa dengan UrutGo walaupun anda hanya boleh bekerja pada hujung minggu sahaja.

Adakah saya perlu mempunyai kemahiran urutan asas ataupun kelulusan untuk menjadi ahli terapi di bawah UrutGo?

Tidak, anda tidak semestinya harus mempunyai kemahiran urutan asas ataupun kelulusan untuk menyertai kami. Setelah mendaftar, anda perlu menyertai dan lulus kursus yang disediakan untuk menjadi ahli terapi bertauliah.

Adakah ahli terapi hanya direkrut di Kuala Lumpur? Sekiranya saya tinggal di negeri lain, bolehkah saya menyertai UrutGo?

Khidmat kami hanya disediakan di Lembah Klang buat masa sekarang. Oleh itu, kami hanya merekrut ahli terapi dari Lembah Klang. Walaubagaimanapun, kami sentiasa berusaha untuk mengembangkan perkhidmatan kami ke kawasan lain jadi nantikan kedatangan kami!

Adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran untuk menjadi ahli terapi UrutGo?

Tiada yuran diperlukan untuk menjadi ahli terapi kami tetapi anda hanya perlu membayar wang deposit sebanyak RM500 untuk peralatan urut yang akan dibekalkan kepada anda. Wang deposit ini akan dikembalikan sepenuhnya jika anda tidak lagi menjadi ahli terapi kami.

Apakah waktu bekerja minimum dalam satu hari?

Tiada waktu bekerja minimum yang diperlukan di UrutGo. Anda boleh menerima tempahan bila-bila masa yang anda mahu tetapi masa minimum bagi servis urutan seluruh badan selama 60 minit ialah selama 90 minit termasuk masa penyediaan.

Adakah UrutGo menyediakan latihan bagi ahli terapi?

Ya, semua calon yang berkelayakan dikehendaki menghadiri kursus latihan penuh untuk menjadi ahli terapi UrutGo.

Adakah saya perlu menggunakan pengangkutan saya sendiri untuk ke rumah pelanggan? Adakah perbelanjaan pengangkutan saya akan dibayar pihak syarikat?

Pengangkutan anda akan disediakan oleh rakan kongsi kami, Grab, dan semua perbelanjaan pengangkutan akan ditanggung  oleh UrutGo.

Adakah saya perlu menyediakan peralatan saya sendiri?

Tidak, semua peralatan yang diperlukan untuk khidmat urutan akan dibekalkan kepada anda oleh UrutGo.

Bolehkah saya membawa rakan ke rumah pelanggan?

Tidak, anda tidak dibenarkan membawa sesiapa sahaja semasa sesi urutan.

Apakah kelayakan umur untuk menjadi ahli terapi di bawah UrutGo?

Kami hanya menerima pemohon di antara usia 21 hingga 50 tahun.

Saya seorang warganegara asing, bolehkah saya memohon untuk menjadi ahli terapi di bawah UrutGo?

Ya, tetapi anda mestilah bertaraf  Permastatutin Tetap Malaysia dengan kad pengenalan yang sah.